Kehidupan peribadi Catriona Ross

Catriona dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 September 1980 dan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Scotland (bapa). Merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Catriona mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu. Kemudian berpindah ke Sekolah Sri Inai Junior, sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur, kerana mengikuti tuntutan kerja ayahnya sebagai jurutera. Selepas itu Catriona kembali ke Kota Bharu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Naim Lil Banat, sebelum mengakhiri pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra.

Selepas tamat persekolahan, Catriona melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi MARA dalam Jurusan Komunikasi Massa dari tahun 1998 hingga 2002.

Pada 26 Jun 2009, Catriona telah selamat dinikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin di Kota Bharu, Kelantan.[2] Mereka berdua telah dikurniakan dengan tiga orang anak, Sephia Rania, Edruce Riyadh dan Jammal Raess.

Rujukan

WikiPedia: Catriona Ross http://www.imdb.com/name/nm3728127/ http://syokkahwin.com/blog/2007/04/14/catriona-bah... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Nat... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... https://www.instagram.com/catrionabrianross/ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2008/10...